Tuesday 24 July 2012

Internet : Maanfaat Atau Mudarat?


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang tidak pernah lupa akan saat-saat indah bersama saya,  rakan2 seperjuangan seterusnya sidang dewan,pewaris generasi gemilang. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari Kedah saya ke mari,
Untuk bertemu Muallimah Nora.
Jika warga dewan masih tertunggu-tunggu lagi
 Internet.Manfaat atau mudarat?,Tajuk pidato saya pada harini.

Hadirin yang dihormati Allah sekalian,

Seperti mana yang kita ketahui,
Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malahan,  penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah dalam  kehidupan kita , sehingga mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah kuno,ataupun  ketinggalan zaman.

Namun begitu, persoalannya, adakah internet ini menyumbangkan lebih banyak manfaat atau lebih menjurus kepada kemudaratan dalam kehidupan kita? Naah,oleh sebab itulah berdirinya saya pada hari ini adalah untuk mengupas dan mengulas antara kebaikan dan keburukan Internet ini kepada masyarakat sejagat.

Saya mulakan dengan kebaikan internet dahulu ya? Sepertimana yang kita ketahui..
Kehadiran internet ini adalah satu anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.Tugas pendidikan menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi Internet ini. Berbekalkan sebuah komputer riba,serta tanpa perlu ke kelas ataupun berhadapan dengan guru, seorang itu boleh mendalami ilmu pengetahuan yang pelbagai melalui penggunaan internet. Selain itu, pelajar juga tidak perlu bersusah payah untuk ke perpustakaan serta meminjam buku yang tebal2 untuk dibuat rujukan.Hal ini disebabkan, dengan hanya dengan satu klik,pelbagai jenis nota boleh dimuat turun dengan mudahnya melalui penggunaan internet ini. Selain itu,melalui jaringan social yang disediakan di Internet seperti Facebook,Myspace dan sebgainya,pelajar2 boleh bertukar-tukar pendapat mengenai pelajaran mereka dengan pelajar-pelajar yang bukan sekadar di dalam negara malah di luar negara. Sangat bagus bukan penggunaan internet ini dalam bidang pendidikan? 
Ya....Tak tumbuh tak melata,tak sungguh saya tak kata.  

Hadirin yang budiman,
Di samping itu, kemajuan internet juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan internet secara langsung atau tidak langsung telah membantu meningkatkan produktiviti manusia. Mana tidaknya, melalui Internet,  segala kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat  dan berkesan.. Tanpa internet,sudah tentunya , kita akan mengalami kesukaran untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dilabel sebagai produk yang tidak berkualiti serta  ketinggalan zaman. Namun begitu, Mujurlah, awal2 lagik kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan kepada pembangunan Internet ini. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (MicrosoftCorporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama kompetitif” dengan negara-negara maju yang lain. 

Hadirin yang di hormati,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan internet ini.  Peniaga tidak perlu lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk2 mereka.HANYA satu Klik,sesuatu produk itu dapat diiklankan bukan sekadar di dalam Negara malah di selurh Dunia. Hal ini telah membuktikan bahawa nternet ini membawa kesan positif dari aspek perniagaan. 

Hadirin sekalian,
Tuah Dr Rozmi kerana Jusmate
Tuah peniaga kita kerana Internet,

Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, Internet ini sebenarnya tidak bebas daripada implikas negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,   Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negative serta kemudaratan  internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.


Selain itu, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Jika kita lihat, iklan2 yang mengandungi, gambar dan bahan pornografi telah terlebih dahulu mendominasi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Selain itu, terdapat juga sindeket pelacuran yang mengiklankan perkhidmatan mereka melalui internet.  Hal ini akan menggalakkan berlakunya maksiat serta gejala social seperti rogol,zina,sumbang mahram serta lari dari rumah.Perkara ini seterusnya akan meningkatkan gejala buang bayi dan sebagainya. Hal ini merupakan antara keburukan Internet yang sudah semakin teruk ancamannya terhadap masyarakat khusunya remaja.

Hadirin yang dikasihi
Selain itu, jika pengunaan interenet ini tidak dikawal dengan segera, hal ini bakal mewujudkan implikasi yang lebih buruk kepada sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan
agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara.Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif penggunaan interent yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Warga dewan yang dihormati Allah sekalian
Jelaslah bahawa Internet membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian,
 Kalau tuan  pergi ke barat,
Jangan diikut hasutan syaitan,
Internet manfaat atau mudarat
Tepuk dada tanyala iman

Ramadhan Yang Mulia


baby
Hadirmu                                                                                                 
Disambut dengan penuh riang-ria                                                       
Diraikan oleh mereka yang sentiasa
Mengucapkan syukur pada pencipta-NYA
Tanpa rasa duka dan sengsara
Hadirmu
Buat kami berlumba mengimarahkannya
Ganjaranmu berlipat kali ganda banyaknya
Menundukkan martabat seorang hamba
Mendekatkan diri pada pencipta-NYA
Hadirmu
Menjadi tetamu istimewa 
Membawa Rahmat KeampunanNya
Fadhilat yang melimpah ruah
Beruntunglah bagi yang memanfaatkannya
Ketibaanmu
Mengingatkan 'status' kami sebagai hamba 
Tangisi dugaan dialami mereka
Menjadikan kami lebih bertaqwa
Mensyukuri nikmat pinjaman-NYA
Ketibaanmu
Mendidik kami menjadi pemurah
Yang Kaya menghulur dana
Yang Kuat membantu yang lemah
Tibamu sebagai madrasah tarbiyah
Pemergianmu
Ditangisi mereka yang benar bertaqwa
Disambut ria mereka yang alpa dan leka
Melupakan mereka bahawasanya
Ini Ramadhan terakhir untuk dirinya
Pemergianmu
Mengundang sendu dan hiba
Pada segenap rasa di jiwa
Sulaman rindu pasti ada
Untukmu Ramadan yang mulia

Hendak Buat Panggilan Percuma?


Assalamualikum. Pastinya, sesiapa yang baca tajuk kat atas tu mesti tertanya-tanya. Apa yang dimaksudkan dengan panggilan tu? Ianya subjektif. Boleh ditafsir dengan banyak benda. Apa yang aku maksudkan dengan panggilan percuma tu? Maksud aku, call phone-phone percuma! Tak kisahlah samada handphone ke landphone ataupun landphone ke handphone, ataupun landphone ke landphone ataupun handphone-handphone. Untuk mengetahui lebih lanjut, teruskan membaca..
Kalau hampa nak tau, www.freecall.com membolehkan kita buat panggilan percuma didalam Malaysia. Konsepnya mudah saja. Server freecall akan telefon handphone/landphone kita dan kita jawab/angkat dan server freecall akan telefon orang yang kita telefon. Lepas tu, kita boleh bersembang la. Ada sedikit kelemahan menggunakan freecall ni.
Apa kelemahannya? Kelemahannya adalah, setiap apa yang kita cakap/ suara kita lambat sampai. Tapi Free Call ni ada limit dia . kalau  silap 1 minit je kot sehari / seminggu.
Dan, freecall ni jugak xleh digunakan untuk urusan rasmi. Takut-takut ada yang salah faham.
Tak sabar2 nak try free call ka? Meh aku ajar..
1. Letakkan nombor telefon hampa dekat kotak dalam website www.freecall.com  dan pastikan hampa letak +6 (kod negara)
2. Letakkan nombor telefon orang yang hampa nak call. dan pastiikan hampa letak +6 (kod negara)
3. Tekan butang “make a call” dan jawab panggilan telefon.
4. Tunggu sehingga org yang hampa call tu angkat dan mula berbual!

Saturday 21 July 2012

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah . Allah pertemukan ana dengan Ramadhan Kareem . Iaitu  bulan yg paling mulia diantara semua bulan dan adalah bulan yang diturunkan Al-Quran.

Saturday 14 July 2012

Assalamualaikum.... 
Nama ana Muaz Bin Amir Nur Rashid.
blog dibina pada jam 9:45 dan 30 saat 47 detik .